Rabu, 6 Mei 2009

Bukan Senang Nak Jadi Senang...

Bukan senang nak jadi senang,,, ayat ni lah yang bermain dalam kepala aku sekarang ni, kalau dulu cukup bulan gaji masuk, kerja ikut je schedule tokey bagi, tapi sekarang semuanya dah berubah, semua nak kena prepare sendiri, arrange sendiri,, apapun aku tak rasa menyesal atas jalan yang aku sendiri pilih.
Kali ni aku nak kongsikan sikit berkaitan projek "boat service for anglers", segalanya bermula di sini, ini gambo ari pertama bot gentian kaca (fiber) yang aku tempah siap diturunkan ke tapak projek, terpaksalah park dalam semak dulu...
Hari demi hari berlalu, tak pernah aku terbayang betapa susahnya nak sediakan tempat parking bot tepi sungai ni, daripada membersihkan lokasi pilihan, mengorek tempat parking (ini part yang paling menyiksakan, hehehe,, maklumlah tak penah buat.). Hari pertama.. Ni gambo ayah aku dengan Paksu Majid dok tengah menyangkul, aku rehat untuk kali ke berapa ntah le, hehe..
Tapak parking ni perlu dikorek sedalam hampir 6 kaki, selebar hampir 12 kaki (untuk 2 buah bot) dan panjangnya lebih dari 17 kaki (bot 17 kaki panjang & 4 kaki lebar), bayangkanlah tanah yang perlu dialihkan rasanya dekat 3 tan (tanah & lumpur), pulak tu kerja ni mesti diselesaikan sebelum air pasang, mula pukul 8 pagi, berakhir lebih kurang pukul 2:30 ptg (time ni air dah takat pinggang)

Hari kedua.. Bermulalah proses kedua yang tak kurang membuatkan aku hampir termuntah, (berat beb!), dipendekkan cerita, inilah gambonya 6 batang nibung yang siap dibenam hampir sedalam 9 kaki (manual je ni, pergh,,), maknanya tiang bangsal dah ready, alhamdulillah..


Hari ketiga... Dipendekkan cerita, inilah proses seterusnya, dari memasang alang dengan kayu bakau yang dicari & ditebang sendiri, memasang 'gengulung' & atap zink,, dan inilah hasilnya.

Khamis, 16 April 2009

Keterujaan dan Kesyukuran

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Maha suci Allah dari sebarang kelemahan & kekurangan...

14 April 2009, aku ke kebun dengan matlamat untuk meracun rumput yang dah semakin meliar sejak ditinggalkan hampir 1 minggu selepas backhoe datang membuat parit & repair geografi tanah aku tu. Sampai di kebun, aku usung pam racun & segala keperluan ke kolam tadahan air yang dh berumur hampir 2 bulan. Setibanya aku di telaga tulah yang membuatkan aku amat teruja & termenung seketika memikirkan kebesaran & keagungan Allah yang maha kuasa lagi maha pencipta. Sebenarnya telaga yang dibina ni lansung tak bersambung dengan mana-mana sistem perparitan luar/utama, tapi percaya atau tidak, aku sedang menyaksikan beratus-ratus anak-anak ikan puyu (aku agak) & beberapa ekor anak haruan yang bersaiz hampir 2.5 inci, datang dari mana, yang pasti hanya Allah yang tahu. Tengok anak haruan yang sekor ni..


Yang ni pulak aku rasa (90% sure) anak-anak ikan puyu..


Secara teorinya memang diketahui umum bahawa ikan puyu adalah sejenis ikan yang boleh bergerak & berpindah melalui jalan darat, tapi bagi spesis haruan aku tak pasti. Apa yang pasti kolam tadahan air aku ni dah ada benih ikan, alhamdulillah...

Ahad, 29 Mac 2009

Boat service for anglers...


Assalamu'alaikum...

Untuk makluman semua pembaca blog ni, Slinsin Agro Explore Enterprise (SAEE) sebenarnya ada menyediakan perkhidmatan bot untuk pemancing-pemancing yang berminat menduga & mengushar port-port sekap putih & sekap merah (casting) sekitar perairan/muara. Lokasi yang dimaksudkan ialah sekitar sungai2 Selinsing-Lubok Buntaq-Kg Dew-Kuala Sepetang-Kuala Gula dan lokasi yang sewaktu dengannya..

Bot yang tersedia adalah bersaiz 17ft x 4ft beserta enjin sangkut YAMAHA 30hp (2 buah bot).. Rujuk gambar-gambar di bawah :-



Bagi yang berminat, SAEE menyediakan beberapa pakej fleksibel seperti di Bawah :-

Pakej #1
  • Pancingan mengilat (casting) sekitar sungai-sungai paya bakau/muara.
  • Spesis target - Siakap putih, siakap merah, senangin & semua ikan pelagik.
  • *Masa 5jam~9jam (waktu siang sahaja) - bergantung pada keadaan cuaca,keadaan & kehendak pemancing..
  • Umpan/bait cast & set pancing - sendiri.
  • Bilangan peserta/pemancing - minimum 1 orang & maksimum 2 orang.
  • Tekong - disediakan.
  • Harga pakej - RM 100~150 (*bergantung harga runcit petrol dan lokasi*).
Pakej #2
  • Pancingan dasar (bottom) sekitar pesisir/laut ringan (kurang 30bt nautika)
  • Spesis target - Jenahak, sembilang, kerapu, pari, senangin & seahli dengannya.
  • *Masa 5jam~9jam (waktu siang) atau 11jam~12jam (waktu malam) - bergantung pada keadaan cuaca, keadaan & kehendak pemancing.
  • Umpan sendiri atau disediakan (+RM10).
  • Bilangan peserta/pemancing -minimum 2 orang & maksimum 3 0rang.
  • Tekong - disediakan.
  • Harga pakej - RM130 (waktu siang) & RM170 (waktu malam)
Pakej #3
  • Memancing udang galah.
  • Bilangan peserta/pemancing - minimum2 orang & maksimum 4 orang (*untuk keselesaan).
  • Tekong - disediakan.
  • Masa - 7~8 jam, waktu siang sahaja.
  • Harga pakej - RM70~90 sahaja (*bergantung harga runcit petrol dan kepuasan/hasil)
Untuk sebarang urusan tempahan/sewaan selewat-lewatnya dilakukan 3 hari sebelum tarikh trip, sebaiknya dilakukan tempahan (booking) seawal 2~1 minggu sebelum tarikh trip. Bagi tarikh-tarikh yang baik bagi kaki pancing (6-10hb hijri & 19-24hb hijri), adalah dinasihatkan supaya membuat bayaran deposit tempahan sebanyak RM100 (keutamaan kepada yang membuat tempahan beserta deposit).

Pembatalan tempahan boleh dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh trip (pemulangan 100% deposit), bagi pembatalan saat akhir adalah diingatkan bahawa hanya 50% deposit akan dipulangkan sekiranya tiada trip gantian.

Sebarang pertanyaan, tempahan & perbincangan bolehlah menghubungi SAEE melalui :-
Email : ismail.shahruddin01@gmail.com
atau
Telefon : +60194100910 / +6057218773 (Ismail)

Rabu, 25 Februari 2009

Properties background.


My Newly Properties..

Disinilah bermulanya chapter baru dalam hidup aku, tanah ni asalnya milik mak aku, tapi bila dengar dia kata nk jual, lebih baik aku yang beli. Maka mulai January 2009, tanah ni dengan rasminya telah dijual kepada aku dengan harga RM13000 sahaja, tunai...

Ringkasnya tanah ni tidaklah luas mana, cuma hampir-hampir 1 ekar (Luas la tu, alhamdulillah), jika nak dibahagi kepada lapan beradik mungkin tak berapa sesuai, sebab itulah mak buat keputusan untuk jual. Duit hasil jual tanah ni mak guna buat pegi tunai haji dan dibahagi-bahagikan pada semua anak-anak mak (termasuklah aku, harga tu after diskaun bahagian aku). Aku rasa amat bertuah sebab atas tanah ni dah tersedia pakej tanaman kelapa sawit kira-kira 96 pokok yg mana berumur 2-3tahun, maknanya baru belajar berbuah dan ada yang dah boleh tuai dan jual...
Atas tanah inilah sebenarnya tempat aku memulakan bisness dan syarikat enterprise aku. Memandangkan pokok kelapa sawit aku yang masih remaja, ini bermakna masih banyak ruang yang boleh aku manfaatkan dengan tanaman-tanaman kontan. Dalam perancangan aku, ruang dimana tanah yang masih terdedah kepada sinaran matahari secara terus akan aku manfaatkan dengan tanaman serai (10%), Jagung (15%), tanaman sayur-sayuran seperti bendi, terung & cili api (10%) dan pisang (10%). Selain tu, antara projek kekal aku di tanah tu pulak ialah kolam ternakan ikan dalam kanvas & konvensional (35%, my main project), 20% lagi akan aku gunakan untuk infrastuktur (Jalan, parit, kolam tadahan air, side office, stor, rumah pam, tandas & sebagainya). InsyaAllah, coming soon...