My Newly Properties..
Disinilah bermulanya chapter baru dalam hidup aku, tanah ni asalnya milik mak aku, tapi bila dengar dia kata nk jual, lebih baik aku yang beli. Maka mulai January 2009, tanah ni dengan rasminya telah dijual kepada aku dengan harga RM13000 sahaja, tunai...
Ringkasnya tanah ni tidaklah luas mana, cuma hampir-hampir 1 ekar (Luas la tu, alhamdulillah), jika nak dibahagi kepada lapan beradik mungkin tak berapa sesuai, sebab itulah mak buat keputusan untuk jual. Duit hasil jual tanah ni mak guna buat pegi tunai haji dan dibahagi-bahagikan pada semua anak-anak mak (termasuklah aku, harga tu after diskaun bahagian aku). Aku rasa amat bertuah sebab atas tanah ni dah tersedia pakej tanaman kelapa sawit kira-kira 96 pokok yg mana berumur 2-3tahun, maknanya baru belajar berbuah dan ada yang dah boleh tuai dan jual...