Ahad, 29 Mac 2009

Boat service for anglers...


Assalamu'alaikum...

Untuk makluman semua pembaca blog ni, Slinsin Agro Explore Enterprise (SAEE) sebenarnya ada menyediakan perkhidmatan bot untuk pemancing-pemancing yang berminat menduga & mengushar port-port sekap putih & sekap merah (casting) sekitar perairan/muara. Lokasi yang dimaksudkan ialah sekitar sungai2 Selinsing-Lubok Buntaq-Kg Dew-Kuala Sepetang-Kuala Gula dan lokasi yang sewaktu dengannya..

Bot yang tersedia adalah bersaiz 17ft x 4ft beserta enjin sangkut YAMAHA 30hp (2 buah bot).. Rujuk gambar-gambar di bawah :-



Bagi yang berminat, SAEE menyediakan beberapa pakej fleksibel seperti di Bawah :-

Pakej #1
  • Pancingan mengilat (casting) sekitar sungai-sungai paya bakau/muara.
  • Spesis target - Siakap putih, siakap merah, senangin & semua ikan pelagik.
  • *Masa 5jam~9jam (waktu siang sahaja) - bergantung pada keadaan cuaca,keadaan & kehendak pemancing..
  • Umpan/bait cast & set pancing - sendiri.
  • Bilangan peserta/pemancing - minimum 1 orang & maksimum 2 orang.
  • Tekong - disediakan.
  • Harga pakej - RM 100~150 (*bergantung harga runcit petrol dan lokasi*).
Pakej #2
  • Pancingan dasar (bottom) sekitar pesisir/laut ringan (kurang 30bt nautika)
  • Spesis target - Jenahak, sembilang, kerapu, pari, senangin & seahli dengannya.
  • *Masa 5jam~9jam (waktu siang) atau 11jam~12jam (waktu malam) - bergantung pada keadaan cuaca, keadaan & kehendak pemancing.
  • Umpan sendiri atau disediakan (+RM10).
  • Bilangan peserta/pemancing -minimum 2 orang & maksimum 3 0rang.
  • Tekong - disediakan.
  • Harga pakej - RM130 (waktu siang) & RM170 (waktu malam)
Pakej #3
  • Memancing udang galah.
  • Bilangan peserta/pemancing - minimum2 orang & maksimum 4 orang (*untuk keselesaan).
  • Tekong - disediakan.
  • Masa - 7~8 jam, waktu siang sahaja.
  • Harga pakej - RM70~90 sahaja (*bergantung harga runcit petrol dan kepuasan/hasil)
Untuk sebarang urusan tempahan/sewaan selewat-lewatnya dilakukan 3 hari sebelum tarikh trip, sebaiknya dilakukan tempahan (booking) seawal 2~1 minggu sebelum tarikh trip. Bagi tarikh-tarikh yang baik bagi kaki pancing (6-10hb hijri & 19-24hb hijri), adalah dinasihatkan supaya membuat bayaran deposit tempahan sebanyak RM100 (keutamaan kepada yang membuat tempahan beserta deposit).

Pembatalan tempahan boleh dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh trip (pemulangan 100% deposit), bagi pembatalan saat akhir adalah diingatkan bahawa hanya 50% deposit akan dipulangkan sekiranya tiada trip gantian.

Sebarang pertanyaan, tempahan & perbincangan bolehlah menghubungi SAEE melalui :-
Email : ismail.shahruddin01@gmail.com
atau
Telefon : +60194100910 / +6057218773 (Ismail)

2 ulasan:

  1. Semua rega pakej bukanlah muktamad @ fixed, rega yang diletakkan di sini adalah sebagai cadangan & rujukan sahaja. Rega pakej biasanya bergantung pada kejayaan & kepuasan pada satu-satu trip..

    BalasPadam
  2. Harap maaf, semua perkhidmatan telahpun dihentikan, harap maklum..

    BalasPadam