Khamis, 16 April 2009

Keterujaan dan Kesyukuran

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Maha suci Allah dari sebarang kelemahan & kekurangan...

14 April 2009, aku ke kebun dengan matlamat untuk meracun rumput yang dah semakin meliar sejak ditinggalkan hampir 1 minggu selepas backhoe datang membuat parit & repair geografi tanah aku tu. Sampai di kebun, aku usung pam racun & segala keperluan ke kolam tadahan air yang dh berumur hampir 2 bulan. Setibanya aku di telaga tulah yang membuatkan aku amat teruja & termenung seketika memikirkan kebesaran & keagungan Allah yang maha kuasa lagi maha pencipta. Sebenarnya telaga yang dibina ni lansung tak bersambung dengan mana-mana sistem perparitan luar/utama, tapi percaya atau tidak, aku sedang menyaksikan beratus-ratus anak-anak ikan puyu (aku agak) & beberapa ekor anak haruan yang bersaiz hampir 2.5 inci, datang dari mana, yang pasti hanya Allah yang tahu. Tengok anak haruan yang sekor ni..


Yang ni pulak aku rasa (90% sure) anak-anak ikan puyu..


Secara teorinya memang diketahui umum bahawa ikan puyu adalah sejenis ikan yang boleh bergerak & berpindah melalui jalan darat, tapi bagi spesis haruan aku tak pasti. Apa yang pasti kolam tadahan air aku ni dah ada benih ikan, alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan